Wednesday, December 31, 2014

01.01.2015 PROFIT FRX30NEW FRX30

Salam Sejahtera.
' Selamat Tahun Baru 2015 ' kepada semua trader.
Saya masih bercuti. Namun saya tidak sampai hati untuk menolak permintaan Trader Hafiz dari Sg. Buluh 60132*****5 supaya saya muatnaik catatan baru untuk berkongsi ilmu.
Terima kasih Trader Hafiz kerana sering melayari Blog Frx30. Sungguh banyak perkongsian didalam nya. Andai yang minat meneroka bidang ilmu. Tentu akan dapat memahami apa yang saya tulis.
Kali terakhir catatan saya pada 27.12.2014 bermakna sudah 4 hari saya menyepi.
Trader Hafiz! Hari ini saya ingin bersembang berkenaan Trader yang layak menggunakan Teknik Frx30 sebagai satu kaedah trading bagi capai keuntungan dengan baik.
Trader tersebut mestilah :-
1. Minat trade guna Indicator
2. Trader yang tenang
3. Tekun
4. Trade bukan dalam terdesak
5. 100% DISIPLIN
6. Minat baca Ebook berulang kali
7. Minat tengok Video Frx30
8. Mampu keluarkan RM untuk beli Pakej Frx30
Ikutlah apa saja yang saya sarankan. Jika saya katakan untuk Frx30New entry di H1 apabila H4 telah lengkap 3 syarat signal maka entry di H1 sahaja. Jangan pula suka-suka hati entry di M30.
Baca dan fahamkan. Bertanya kembali kepada saya jika tidak faham.
Akhir sekali : Syabas dan Tahniah kepada Trader Hafiz dan terima kasih berkongsi SS Forex dengan saya. Walau pun Trader Hafiz baru saja beli Pakej Frx30 namun sudah tunjukkan prestasi yang baik.
Saya juga doakan untuk semua Trader.
Selamat Maju Jaya.

Friday, December 26, 2014

M/S 1 EBOOK FRX30NEW

Salam Sejahtera.

Di muka surat 1 Ebook Frx30new. Ada 15 Tajuk. Tajuk pertama adalah Prakata di muka surat 2 hanya berkisar kepada pengenalan system Forex sahaja.

Indicator Frx30New tajuk kedua di muka surat 3. Gambarajah Indicator dan butir2 lengkap di pamerkan. Di nyatakan dengan jelas indi mana yang harus di fokus dan yang mana perlu di abaikan. Baca dengan jelas butirannya. Jika baca sekali lalu. Anda akan terlepas satu perkara yang perlu di abaikan.

Cara2 Entry Buy tajuk ketiga di muka surat 4. Di nyatakan dengan tepat 3 syarat yang perlu ada sebelum entry dapat dilakukan. Kedudukan syarat pertama selalu menjadi kekeliruan trader. Dan saya nyatakan. Syarat pertama kadang kala berada jauh kebelakang. Kita kena perhatikan dengan mengecilkan chart.

Contoh Entry Buy tajuk keempat di muka surat 5. Saya beri gambarajah bagaimana kedudukan indi semasa signal Buy bermula.

Contoh2 Buy tajuk kelima di muka surat 6 dan 7. Lagi gambarajah signal Buy yang saya pamirkan untuk memudahkan para trader memahirkan diri. Perhati kan satu persatu dan dengan tenang.

Contoh Entry Buy Yang Cantik tajuk ke enam di muka surat 8. Pastinya dalam banyak2 signal, tentu ada signal yang tepat yang kadang kala tanpa revers terus menuju ke price TP. Apabila kita bertemu dengan signal tersebut. Tentulah dengan senang hati profit dengan tepat dan cepat.

Contoh Entry Buy Tidak Valid tajuk ke tujuh di muka surat 9. Tajuk istimewa yang dapat mengawal trader dari terjebak melakukan entry pada signal yang salah. Perhatikan satu persatu gambarajah berikut supaya anda terhindar dari melakukan kesalahan.

Kita berhenti dulu di sini. Saya akan sambung lagi 8 tajuk.

Baca dengan teliti dan fokus. Sebab dari soalan2 trader yang sudah beli Ebook ni, saya dapati anda tidak membacanya dengan teliti. Baca berulang kali dan satu persatu.

Selamat Maju Jaya dari saya.



Tuesday, December 23, 2014

FOREXTIGAPULUH DAN FRX30NEW

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bukan mudah untuk jadi trader yang berdisiplin dan berhati waja. Trade dengan santai dan entry sempurna. Kenapa saya suka sarankan entry sempurna. Kerana untuk jaga emosi kita. Jika loss. Emosi jadi kacau. Dan untuk trade esoknya tentu rasa tidak selesa. Jadi saya nak emosi anda semua terjaga. Saya sedia maklum apabila trade dalam keadaan kelam kabut dan tidak fokus.

Saya sentiasa positif tentang Forex. Dan saya akan bebaskan diri dan berlapang dada ketika trading. Apa saja profit yang saya dapat. Terima dengan seadanya. Untuk trader yang baru berjinak2 dengan Forex, saya suka sarankan supaya anda kental. Mahirkan diri dengan teknik perlahan2. Jangan nak cepat capai ilmu hingga tergopoh gapah dan ilmu di telan tidak hadam. Semua trader berbeza. Itu selalu saya nyatakan.

Saksikan Video entry saya di FB Forex Tigapuluh dan juga di Page Forex Tigapuluh. Hampir setiap hari saya muat naik video entry saya. Sekadar untuk naikkan semangat para trader baru. Cekal kan hati dan patuh kepada disiplin teknik anda. Jangan bantah apa2 saja yang disarankan oleh guru forex anda.

Semua teknik sama saja. Mengarahkan kita untuk profit. Yang membezakan kita hanya tahap disiplin kita sahaja. Jika kita guna teknik pertama kita tidak berjaya kerana kita tidak disiplin maka jika kita beralih kepada teknik kedua pun sama juga prestasinya jika kita juga tidak disiplin.



Kepada anda semua..
Selamat Maju Jaya.

Monday, December 22, 2014

Saturday, December 20, 2014

PENTINGNYA EBOOK FOREX

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ebook. Ada trader yang pandang mudah kepada fungsi ebook. Saya tahu ramai yang beli ebook tetapi malas nak baca ulang2. Sedangkan di dalamnya terkumpul isi keoada satu2 teknik atau panduan trading.

Saya tahu siapa yang tidak baca langsung ebook. Saya juga tahu siapa yang hanya baca sekali lalu saja dan saya tahu siapa yang baca pada satu2 bab saja.

Semua saya tahu dari soalan trader kepada saya. Ya. Dan saya harap semua ambil masa yang santai dan tenang untuk baca kesemua isi ebook tersebut.

Ebook penting untuk kita ulang kaji. Jika terlupa sesuatu berkenaan teknik, anda boleh buka semula ebook dan baca lagi. Sila buku kan untuk mudah membacanya.

Saya doakan semua..Selamat Maju Jaya.

Friday, December 19, 2014

FOREXTIGAPULUH DAN FRX30NEW

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya tidak suka bercerita dengan bahasa kiasan. Saya perlu perjelaskan bahawa sesiapa saja yang guna Frx30New dan Frx30Ver3, jika anda lakukan entry tidak tepat, saya boleh semak semula andai anda beri detail entry kepada saya.

Ambil masa untuk mahirkan diri. Dalam keadaan tenang dan perlahan2 cuba tingkatkan prestasi. Jangan paksa diri untuk mahir dengan secepatnya. Setiap dari kita mempunyai cara berbeza untuk mahirkan diri. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Jaga emosi dan jangan trade dalam keadaan jiwa kacau.









Kita jumpa lagi pada Isnin ini.
Selamat berhujung minggu..
Selamat Maju Jaya.

Thursday, December 18, 2014

FOREX MUDAH DAN BERKESAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Forex mudah? Ya. Tetapi RUMIT. Kenapa? Kerana trader perlu DISIPLIN. Tak semua trader suka kepada disiplin. Kadang ada yang ala2 kadar saja ikut disiplin. Sekejap ok sekejap tak ok. Itu penyebab profit tidak konsisten.

Kalau mahir takat mana dalam menggunakan satu2 teknik tetapi tidak disiplin. Maka profit akan jadi turun naik. Konsisten makna tiada loss. Menten profit walau dalam kadar yang sedikit.

Kenapa anda tak suka menunggu signal lengkap? Terutama untuk Teknik Frx30. Saya maklumkan jika entry tidak tepat memang payah la.

Harap semua trader cuba cipta kesabaran yang tinggi semasa trading.
Saya doakan Selamat Maju Jaya.

CATATAN UNTUK TRADER FRX30

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni saya lampirkan ss trader yang guna Teknik Frx30.
Saya bangga dengan yang tunjuk prestasi dan saya harap disiplin semua dalam keadaan A.

Saya hanya boleh ingatkan dan nasihatkan. Untuk laksanakan ada lah anda semua. Jadi jujur lah dengan diri sendiri untuk jaga disiplin. Tiada siapa pun akan dapat kembalikan usd kita jika kita loss.

Pilih masa yang sesuai untuk mula trade. Masa bila? Masa emosi tenang..jiwa tak kacau..mada tiada desakkan kewangan..

Saya harap..slow2 mahirkan diri bagi yang baru bermula..
Selamat Maju Jaya.

Tuesday, December 16, 2014

EBOOK FOREXTIGAPULUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa ada di dalam Ebook Forextigapuluh? Pengenalan Forex. Sedikit info basic Forex. Gambar Indicator Frx30. Carta Kiraan MM untuk teknik Frx30. Carta berkenaan tidak sesuai untuk kegunaan teknik lain. Dan lagi ada cara2 entry sell atau buy untuk Teknik Frx30 sahaja. Juga tidak sesuai langsung untuk sebarang teknik lain. Juga saya sertakan contoh signal yang tidak valid. 

Kepada yang beli, sila ikut apa yang ada di dalam ebook tu. Yang takda di dalamnya sila jangan tambah. Saya ulang, jangan buat sebarang penambahan apa2 di dalamnya. Saya juga bekalkan 7 video buat masa ni. Dan akan di tambah dari masa ke semasa.

Dalam pakej saya ada dua teknik. Kedua2 teknik tersebut memang berkesan. Suka saya ingatkan. Kita mempunyai hak untuk memilih entry pofit. Jangan pilih entry loss. Apa dia entry loss? Enrty awal sangat. Syarat2 entry belum lengkap, dah entry dah. Saya ingatkan jika anda entry sebelum syarat lengkap, contoh buy, jika syarat belum lengkap ada kemungkinan pasaran akan sell lagi. Jadi kena sabar. Dalam Forex seperti yang kita sedia maklum, kena banyak sabar. 

Jangan masukkan jumlah volume terlebih2 dari sepatutnya. Dalam teknik Forextigapuluh, saya sarankan hanya guna 10% sahaja dari modal untuk trade. Jika sekiranya tersalah entry, dan hit SL, maka anda hanya akan loss 10% sahaja dari modal. Makna jika modal anda 100usd, anda hanya hilang 10usd sahaja jika entry anda hit SL.










Saya harap trade lah dengan jiwa tenang dan sabar. Trader kena ada jiwa halus yang inginkan profit dengan santai. Jangan tergopoh gapah. Dan saya mohon maaf kepada trader yang dah beli Pakej Ebook dan Video Frx30 dimana semasa sesi mengajar, saya tegas dan garang. Itu semua adalah semata2 untuk buatkan anda semua pegang disiplin dengan kemas. Jangan mengeluh jika anda on laptop, tetiba signal dah terlepas. Makna itu bukan rezeki anda. Redha saja. Dan sabar tunggu signal selanjutnya.

Saya doakan anda Selamat Maju Jaya.

HASIL FOREX 15.12.2014 FRX30

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam saya tidak sempat update blog. Ada request dari student forex untuk ber"Teamviewer" maka saya tidak sempat update Blof Frx30. Hari ini saya lampirkan profit semalam. Sikit2 lama jadi bukit. Ayat trader yang beli Pakej Frx30.

Untuk scalping Frx30New saya nak bagitau kenapa saya minta trader letak TP pada price 00 di hujung yang berdekatan. Kerana pasaran akan mencari price yang di belakangnya 00 untuk Broker 5 digit dan price 0 untuk broker 4 digit sebelum pasaran revers. Jadi kita letak TP di situ. Berbeza dengan entry di H1 di mana TP adalah 100pip.

Makna trader kena lah ikut apa yang saya sarankan jika trader guna Teknik Frx30. Jika guna teknik lain tak payah ikut lah benda ni. Ada yang bertanya bagaimana saya entry berlapis2. Saya bahagikan volume dan dapatlah saya entry banyak dalam satu masa. Kenapa? Jika pasaran revers sikit saya dapat entry pada price awal. Jadi jumlah pip berbeza2. Makna profit lebih sikit dari entry satu sahaja. Untuk lakukan macam tu, anda kena mahir dahulu.







Ok semua.
Saya doa semoga anda Selamat Maju Jaya.

Friday, December 12, 2014

CARA ENTRY FRX30NEW

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pilih cara entry yang santai. Hanya entry bila signal lengkap sahaja. Saya ulang..hanya signal yang lengkap sahaja. Untuk scalping di M1 seperti yang saya sarankan melalui ebook. Hanya apabila H4 telah ada 1 tanda pertama atau telah ada 3 tanda lengkap dan H1 telah lengkap 3 tanda..saya ulang..H1 lengkap 3 tanda..baru lah lihat M1 dan entry di M1 apabila lengkap 3 tanda di M1.

Nampak dan rasa seperti sukar. Tetapi hanya untuk permulaan sahaja. Apabila telah selesa dengan nya maka kesemuanya jadi mudah. Dan saya sarankan bagi yang baru beli Teknik Frx30..sila cuba di demo akaun dahulu. Untuk selesakan diri ambil masa cuba di demo tidak salah. Jangan ambil risiko terus cuba di real account.

Saya tidak pernah mengajar trader baru untuk terus trade di real account. Sebab saya nak trader baru buat latihan dulu. Paling terbaik, trade di demo hingga tiada loss di demo baru lah deposit real account. Senang kan.














Esok kita cuti..jumpa lagi Isnin..Insyallah.