Tuesday, January 27, 2015

STOPLOSS FRX30NEW FOREXTIGAPULUH

Salam sejahtera.

Ada trader yang belum beli Pakej Frx30 mempertikaikan jika Teknik Frx30 memang bagus tetapi kenapa perlu ada SL. Pada saya kenyataan Trader yang begitu memang tidak berapa kena. SL bukan untuk teknik. SL untuk kawal kerugian Trader itu sendiri. Sebelum mahir biasa nya Trader suka redah saja. Ada yang suka cuba-cuba. Jadi saya beri garis panduan tentang price SL. Itu memang terbaik untuk yang belum mahir.

Bagaimana SL berkerja? Ianya untuk mengawal modal kita. Bila letak SL dan jika Trader tersalah klik entry maka kerugian akan berhenti di price SL saja. Yang mana anda hanya akan hilang 10% saja modal anda. Jika tiada SL mungkin akaun anda akan MC.

Saya ingat kan lagi sekali. SL bukan kerana Teknik Frx30 tidak baik. Tetapi untuk mengawal kerugian Trader yang tidak berapa baik dalam DISIPLIN.
SELAMAT MAJU JAYA.

Monday, January 26, 2015

ILMU FRX30NEW FOREXTIGAPULUH 26 JAN 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya beri ilmu tetapi trader kena usaha dan betul-betul disiplin. Baru profit. Saya kata kan di dalam ebook kena fokus 3 TF maka trader kena ikut. Usah buat cara sendiri jika mahu profit dengan kaedah Frx30.

Usah campur aduk dengan kaedah lain dengan Frx30 semasa trading. Banyak kali saya pesan. Saya tahu sangat pantang larangnya. Apabila entry dengan signal yang tepat, Insyallah akan hit TP. Usah takut. Jangan pula close manual kerana rasa seolah-olah tidak capai price TP. Berlaku kejadian apabila close manual, selepas itu price laju saja menuju ke price TP kita tadi.

Yakin kepada kelebihan diri. Semua trader mampu capai kejayaan. Janji usaha. Forex memang rumit kepada malas belajar. Fahamkan langkah demi langkah. Yang beli Pakej Frx30 sila aju kan soalan kepada saya. Jika ada masalah tentang kaedah Frx30.





Selamat Maju Jaya semua..

Thursday, January 22, 2015

FOKUS DAN TRADE SANTAI (FRX30NEW)

Salam Sejahtera.

Fokus. Trade tenang dan santai. Dengan senang hati dan dengan rasa ceria fokus kepada signal. Perlahan-lahan perhatikan TF mana yang penting untuk anda lihat. Klik dan perhatikan keseluruhan syarat-syarat penting. Mula-mula lihat H1. Jika baru muncul syarat pertama, lihat pula H4. Jika H4 telah lengkap 3 syarat. Maka anda berpeluang entry di H1. Anda hanya perlu tunggu syarat kedua dan ketiga muncul di H1. Muncul serentak dan refresh. Terus entry dan letak TP dan juga SL.

Kena rajinkan diri anda untuk klik semua pair dan TF yang saya sarankan. Hari ini saya hanya fokus UJ. Walau pun ada lagi pair lain yang lengkap syarat. Dengan UJ sahaja saya dapat profit dengan baik. Insyallah. Saya perlu pesan kepada anda. Jika anda scalping Frx30New, sesekali lihat H1 dan H4. Jika di TF itu sudah muncul syarat yang bertentangan. Sila abaikan entry seterusnya. 

Saya doakan anda semua Selamat Maju Jaya.







Wednesday, January 21, 2015

KENAPA PERLU ILMU DAN GURU FOREX?

Salam sejahtera.

Guru mengajar kaedah yang dia mahir. Memberi semangat dan membimbing. Menjadi mentor. Dan yang belajar kena ikut panduan yang diberi. Sebab semua panduan yang dibeli dan bukan dapat percuma. Jadi, ikut lah apa kata guru anda. Walau pun anda mahir dengan teknik anda yang sebelumnya. Tetapi untuk teknik terkini yang anda beli, harus ikut apa kata guru anda.

Dalam ebook di jelaskan satu persatu. Kena baca ulang-ulang. Baca sekali lalu dalam keadaan minda yang serabut boleh buat kan kita tak dapat telan dan hadam. Dan kosongkan sementara teknik-teknik lain semasa anda dalam proses belajar teknik baru. Jangan campor adukkan kesemua fahaman yang anda ada tentang forex. Lakukan latihan di demo akaun dahulu. Sehingga lah akaun demo anda tiada kerugian baru lah anda daftar akaun sebenar dan trade dengan berhati-hati. Sayang usd anda. Semasa anda kerugian usd....tiada siapa yang akan menggantikan kembali kepada anda.

Selamat Maju Jaya.





Tuesday, January 20, 2015

KEFAHAMAN TEKNIK FOREX FRX30NEW

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa saja yang saya beri melalui Pakej Ebook dan Video Frx30 adalah penting untuk memulakan trading dengan kaedah Frx30. Kesemua bahan-bahan bacaan dan juga video hendaklah di baca dan di lihat berulang kali. Saya ulang: kena baca dan lihat berulang kali. Yang kata tidak ada masa nak baca ulang-ulang tu saya harap kena ubah tindakkan. Nak berjaya dan nak cemerlang. Kena kerja kuat sikit. Kena bagi masa. Dan kena lakukan dengan baik. Jika tidak ada masa macam mana nak jadi trader yang baik. Dan jika malas baca jangan beli Pakej Frx30. Guna kaedah teknik lain.

Saya arahkan jika nak entry di TF kecil maka kena pastikan TF besar sama trend. Jadi kena ikut. Jangan malas untuk fokus TF yang saya nyatakan di dalam ebook. Jika tidak faham. Maklumkan kepada saya secara terperinci. Dan jika saya terlambat sikit menjawab, harap bersabar. Kesulitan itu kadang saya tak dapat atasi. 

Whatsapp saya untuk sebarang pertanyaan. Yang tiada Whatsapp boleh juga melalui Telegram atau FB.Cuba beri peluang kepada diri sendiri untuk capai kejayaan. Fokus dan jaga emosi. Saya sentiasa akan membimbing anda semua dan saya tidak akan jemu untuk naikkan semangat anda. Tanpa semangat tentu-tentunya kita semua lemah dan tidak mampu bangkit. Terutama kepada yang pernah gagal. Jangan sesekali berputus asa. Bangkit dan terus kedepan. Banyak peluang untuk profit.








Selamat Maju Jaya.

Wednesday, January 14, 2015

MODAL FOREX

Salam sejahtera.
Modal permulaan forex tertakluk kepada teknik masing-masing. Untuk Teknik Frx30 modal sekurang-kurangnya 100usd. Trade dulu dengan modal sebanyak itu untuk lebih mahirkan diri. Pada saya, tidak perlulah kita masukkan modal terlalu besar. Kerana dengan kemahiran yang kita ada kita dapat besarkan modal dengan selamat.
Trader kena lah ambil langkah baik. Jangan letak diri kepada risiko.
Ramai yang nak jadi trader tetapi ramai yang tidak punyai kesabaran yang tinggi.
Di bawah ini saya lampirkan ss trader yang guna Teknik Frx30. Tahniah dari saya. Sikit-sikit lama jadi bukit. Yang penting disiplin MM.
Selamat Maju Jaya.
Saya bangga dengan semua yang guna Frx30.

Monday, January 12, 2015

FRX30NEW TRADING 12.01.2015




Nak tahu keterangan lanjut berkenaan entry ini sila whatsapp saya 0124041152.

Friday, January 9, 2015

MENCARI ILMU FOREX

Salam Sejahtera.
Ilmu forex penting. Untuk menentukan dimana yang tepat untuk kita lakukan transaksi jualbeli. Semasa baru belajar. Anda kena lakukan latihan banyak kali. Yang ambil masa sebulan untuk guna demo akaun forex memang saya bangga. Yang ambil masa enam bulan guna demo itu saya 'salute'. Lagi lama anda buat latihan, lagi baik.
Kefahaman setiap trader untuk capai kemahiran amat berbeza. Justru jangan rasa rimas bila trader lain cepat mahir sedangkan anda masih terkial-kial. Teknik Frx30 amat mudah kerana anda tidak perlu lakukan apa-apa penambahan. Hanya lihat indicator. Tunggu signal muncul. Dan lakukan transaksi. Jika terlepas signal lengkap. Tunggu esok pula. Itulah forex.
Kita tidak buleh minta pasaran ikut kita. Sebenarnya kita lah yang kena ikut pasaran.
Jaga emosi. Jangan kecam diri sendiri apabila lambat dapat mahirkan diri. Kebulehan setiap trader memang-memangnya amat berbeza.

Thursday, January 8, 2015

ANJAKKAN MODAL DALAM TRADING FOREX

Salam Sejahtera.
Modal permulaan untuk Teknik Frx30 hanya 100usd. Untuk sesi belajar anda di nasihatkan bermula dengan demo akaun dahulu. Apabila telah mahir. Baru lah buka akaun forex yang sebenar. Bagaimana anda boleh tahu telah mahir atau tidak? Apabila tiada langsung kerugian di akaun demo.
Di akaun sebenar anda mulakan dengan 100usd. Untuk besarkan dari 100usd ke 200usd memang agak lambat. Tetapi untuk anjakkan dari 200usd ke 300usd anda akan dapati ianya lebih cepat dan mudah. Apabila capai modal 300usd. Anda saya sarankan keluarkan 100usd maka yang tinggal di dalam akaun adalah keuntungan semata-mata. Masa itu lah trading anda lebih santai dan aman.
Selamat Maju Jaya semua. Saya sayang anda yang suka kepada disiplin.
Baiki disiplin anda.

FOKUS DAN TRADE FOREX TIGAPULUH

Salam sejahtera.

Fokus dan tidak entry sambil lewa. Bagaimana? Entry pada signal yang tepat. Buat latihan lebih banyak dan setiap hari. Jika mahu mahirkan dengan satu-satu teknik, anda kena bagi masa setiap hari untuk berlatih. Jangan tinggalkan ilmu yang baru terlalu lama supaya tidak lupa. Telan dan hadam ilmu tersebut. 

Hari ini saya entry bersama-sama dengan Trader Nadzir. Saya beri panduan melalui whatsapp. Keputusannya terbaik. Trader Nadzir jika baca blog ini, sila share ss dengan saya ya. 




Selamat Maju Jaya semua.

Wednesday, January 7, 2015

PERMULAAN BELAJAR FRX30NEW

Salam sejahtera.
Apabila anda beli Pakej Ebook dan Video Frx30. Baca kesemua ebook dan tonton kesemua 7 video berulang kali.
Baca ebook kali pertama tentu masih kurang faham. Bila di ulang anda akan nampak betapa mudahnya untuk memahaminya.
Adakala saya juga beri panduan semasa saya trading melalui whatsapp. Panduan berkenaan pair mana yang sesuai untuk trade.
Syarat entry perlu di gabungkan kepada 3 syarat bagi menguatkan arah pasaran menuju ke price entry anda. Sekiranya hanya berpandukan satu syarat sahaja. Reversal panjang mungkin akan berlaku.
Patuh kepada arahan yang saya berikan melalui ebook dan video. Patuh dengan carta kiraan MM yang saya lampirkan di dalam ebook.
Saya doakan semoga semua selamat maju jaya.
Dibawah ini saya sertakan ss Endran dari Penang. Supaya dapat naikkan semangat trader yang lainnya.

PASARAN FOREX

Salam sejahtera.

Arah pasaran forex kita boleh kawal atau lawan. Kita kena ikut pasaran. Dan Teknik Frx30New atau Frx30Ver3 hanya beri panduan cara mana untuk lakukan entry. Dan cara mengira MM. Bagi menentukan berapa volume yang sesuai untuk nilai modal kita. Volumke penting untuk mengawal kerugian dan bukan mengawal pasaran. Contoh jika pasaran revers sekali pun, kita masih mempunyai lebihan modal bagi menampung kerugian semasa.

Jangan panik jika pasaran revers sedikit. Pergerakkan biasa akan naik turun untuk mengambil momentem bagi menuju ke price TP. Yang anda perlu risau jika volume anda terlalu besar dan diluar jumlah kiraan MM anda,



Kita jumpa lagi esok dengan semangat yang lebih kental dan jiwa yang tenang.
Selamat Maju Jaya.