Monday, February 2, 2015

AKAUN FOREX

Salam Sejahtera.

Untuk Teknik Frx30 anda boleh guna mana-mana broker yang anda selesa. Samada 4 digit atau 5 digit. Tetapi semua info di dalam Ebook Frx30 adalah untuk broker 5 digit. Untuk permulaan anda boleh masukkan hanya 100usd sahaja ke akaun. Trade dengan hati-hati dan besarkan modal dengan perlahan-lahan. 

Anda boleh juga buka beberapa akaun real yang anda mampu. Satu akaun untuk satu matlamat. Misalannya matlamat anda untuk melancung. Maka trade hingga capai sekian keuntungan dan bila cukup, wd dan pergilah melancung. Satu akaun lagi contoh untuk simpanan hari tua anda. Maka trade lah perlahan-lahan hingga capai takat mana yang anda inginkan. Baru anda rasa seronok dan ada impian.

Anda juga boleh sediakan satu akaun untuk anda entry di D1 sahaja. Entry dan biarkan hit TP. Saya hanya bagi idea seperti yang saya sendiri lakukan. Ianya sungguh menakjubkan. Asalkan kita ikut aturan dengan betul. 

Selamat Maju Jaya.









Sunday, February 1, 2015

TRADE DENGAN CARA MUDAH FOREXTIGAPULUH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jika anda entry di H1 semasa H4 lengkap 3 syarat maka anda juga boleh entry di M1 juga jika anda ada lebihan vol. Sementara H1 hit 100 pip. Anda masih lagi dapat kutip pip di M1. Jika anda dua atau tiga akaun. Satu akaun anda boleh entry di H1 dan akaun yang lain anda kutip di M1. 

Kenapa saya bagi idea macam tu? Sebab dalam forex elok juga kita ada lebih dari satu akaun. Jika kita belum mahir dan tersalah entry lalu floating maka kita masih ada akaun lain yang kita boleh kutip untung. Tidak semua trader benar-benar mahir jika tak punya banyak masa untuk buat latihan. Tambahan yang tak sabar-sabar nak guna real akaun walau belum benar-benar mahir sepenuhnya.

Saranan saya ini tidak lah bertujuan untuk menyokong yang belum mahir untuk trade real akaun tetapi saya tak punya kuasa untuk menahan anda. Saya hanya boleh bagi idea untuk elak dari rugi.

Selamat Maju Jaya.