Thursday, January 22, 2015

FOKUS DAN TRADE SANTAI (FRX30NEW)

Salam Sejahtera.

Fokus. Trade tenang dan santai. Dengan senang hati dan dengan rasa ceria fokus kepada signal. Perlahan-lahan perhatikan TF mana yang penting untuk anda lihat. Klik dan perhatikan keseluruhan syarat-syarat penting. Mula-mula lihat H1. Jika baru muncul syarat pertama, lihat pula H4. Jika H4 telah lengkap 3 syarat. Maka anda berpeluang entry di H1. Anda hanya perlu tunggu syarat kedua dan ketiga muncul di H1. Muncul serentak dan refresh. Terus entry dan letak TP dan juga SL.

Kena rajinkan diri anda untuk klik semua pair dan TF yang saya sarankan. Hari ini saya hanya fokus UJ. Walau pun ada lagi pair lain yang lengkap syarat. Dengan UJ sahaja saya dapat profit dengan baik. Insyallah. Saya perlu pesan kepada anda. Jika anda scalping Frx30New, sesekali lihat H1 dan H4. Jika di TF itu sudah muncul syarat yang bertentangan. Sila abaikan entry seterusnya. 

Saya doakan anda semua Selamat Maju Jaya.







No comments:

Post a Comment